Pengakap diasaskan oleh Lord Baden-Powell dalam bukunya "Scouting For Boys" pada tahun 1907 yang menggalakkan kanakk-kanak lelaki bersama-sama dalam satu "kumpulan kecil" dan cuba melakukan idea-idea yang terdapat dalam buku yang diterbitkan itu. Itulah yang dimaksudkan dengan Patrol iaitu Kumpulan Sekawan Yang Kecil.
Apabila pengakap berkembang, kumpulan tersebut akan bersama-sama di bawah seorang dewasa sebagai penasihat - pasukan pengakap, dan kumpulan yang kemudian, daerah, lingkungan, dan sebagainya berkembang untuk mengendalikan organisasi yang luas supaya dapat menonjol. Tentera, siswazah, ahli perniagaan mula meniru sistem berpatrol Baden-Powell, mengapa?
1. Anggota Patrol berasa mereka dimiliki - mereka mempunyai tempat di mana ia adalah kepunyaan mereka dan mereka rasa dialu-alukan - di sini wujudnya semangat patrol.
2. Patrol adalah kaedah organisasi dan pengawalan manusia yang unggul seperti sekumpulan yang kecil dengan seseorang yang akan memastikan semua perkara dilaksanakan dengan betul.
3. Hal ini adalah suatu kaedah mengajar manusia yang unggul seperti ketua yang menurunkan ilmunya kepada anak-anak buahnya dan memastikan mereka mendapat latihan.
4. Ia membekalkan peluang untuk melatih kepimpinan - setiap orang akan mendapat peluang.
5. Setiap orang mempunyai peluang untuk bercakap kerana ia adalah suatu bentuk demokrasi.
Lima isi di atas adalah beberapa objektif. Baden-Powel berkata kita patut bekerjasama untuk "Sistem Patrol" : dalam pengakap. ANDA SEBAGAI KETUA PATROL MESTI MEMASTIKAN SISTEM ITU BERJALAN LANCAR.
Orang yang gagal untuk memastikan sistem tersebut berjalan lancar ialah seorang yang gagal! Jika kamu tidak memberikan tanggungjawab pada setiap ahli, galakan dan kepimpinan anda, patrol anda akan gagal.
KEJAYAAN akan datang perlahan-perlahan melalui keazaman anda untuk menjadikannya berjalan lancar.
PENGAKAP MUDA
Ketua Troop
Penolong Ketua Troop
Setiausaha Troop
Bendahari Troop
QM Alatan
QM Makanan
Pustakawan
Ketua Tukang Masak
PENGAKAP REMAJA
Ketua Troop

No comments:
Post a Comment