Wednesday, February 11, 2009

PERJUMPAAN KOKURIKULUM 2010

BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA PADA SETIAP HARI RABU

Hari ini, Rabu 11 Februari, 2010 bermula dari jam 7.45 pagi lagi semua pelajar telah siap sedia dengan PAKAIAN SERAGAM unit masing-masing. Pengetua dengan pakaian KRS, Penolong Kanan Kokurikulum dengan pakaian seragam PENGAKAP beserta dengan Pemimpin Unit dengan Pakaian Seragam Unit masing-masing. Tahniah atas kesanggupan tuan/puan memenuhi tuntutan pihak berwajib. Rakan-rakan yang belum; mudah-mudahan akan dapat melaksanakannya minggu depan.

Memang tampak segak dan bergaya bila GURU dan PELAJAR memakai pakaian seragam, bersatu hati kita semua. Agak janggal bila kita kesaorangan, tidak dalam majoriti. Akan tetapi untuk masa akan datang seharusnya kita bersedia dengan pakaian yang lengkap. Ingat! Pemantauan akan dilaksanakan. Jangan kita ditertawakan.

Buat masa ini kita antara sekolah yang telah mendahului pihak lain. Tahniah sekali lagi. Semuga terus berjaya.

Wednesday, June 25, 2008

SISTEM BERPATROL

KAEDAH BERPATROL:

Pengakap diasaskan oleh Lord Baden-Powell dalam bukunya "Scouting For Boys" pada tahun 1907 yang menggalakkan kanakk-kanak lelaki bersama-sama dalam satu "kumpulan kecil" dan cuba melakukan idea-idea yang terdapat dalam buku yang diterbitkan itu. Itulah yang dimaksudkan dengan Patrol iaitu Kumpulan Sekawan Yang Kecil.

Apabila pengakap berkembang, kumpulan tersebut akan bersama-sama di bawah seorang dewasa sebagai penasihat - pasukan pengakap, dan kumpulan yang kemudian, daerah, lingkungan, dan sebagainya berkembang untuk mengendalikan organisasi yang luas supaya dapat menonjol. Tentera, siswazah, ahli perniagaan mula meniru sistem berpatrol Baden-Powell, mengapa?

1. Anggota Patrol berasa mereka dimiliki - mereka mempunyai tempat di mana ia adalah kepunyaan mereka dan mereka rasa dialu-alukan - di sini wujudnya semangat patrol.

2. Patrol adalah kaedah organisasi dan pengawalan manusia yang unggul seperti sekumpulan yang kecil dengan seseorang yang akan memastikan semua perkara dilaksanakan dengan betul.

3. Hal ini adalah suatu kaedah mengajar manusia yang unggul seperti ketua yang menurunkan ilmunya kepada anak-anak buahnya dan memastikan mereka mendapat latihan.

4. Ia membekalkan peluang untuk melatih kepimpinan - setiap orang akan mendapat peluang.

5. Setiap orang mempunyai peluang untuk bercakap kerana ia adalah suatu bentuk demokrasi.

Lima isi di atas adalah beberapa objektif. Baden-Powel berkata kita patut bekerjasama untuk "Sistem Patrol" : dalam pengakap. ANDA SEBAGAI KETUA PATROL MESTI MEMASTIKAN SISTEM ITU BERJALAN LANCAR.

Orang yang gagal untuk memastikan sistem tersebut berjalan lancar ialah seorang yang gagal! Jika kamu tidak memberikan tanggungjawab pada setiap ahli, galakan dan kepimpinan anda, patrol anda akan gagal.

KEJAYAAN akan datang perlahan-perlahan melalui keazaman anda untuk menjadikannya berjalan lancar.

PENGAKAP MUDA

Ketua Troop

Penolong Ketua Troop

Setiausaha Troop

Bendahari Troop

QM Alatan

QM Makanan

Pustakawan

Ketua Tukang Masak

PENGAKAP REMAJA

Ketua Troop

LENCANA USAHA

Cita-cita Pengakap

1. Melukis dan menerangkan erti Bendera Malaysia dan Bendera Negeri masing-masing.

2. Menyanyi Lagu Kebangsaan "Negara Ku" dan lagu negeri masing-masing.

3. Menaikkan Bendera Malaysia dan Bendera Negeri masing-masing sambil menyanyi dalam masa yang sama Lagu Kebangsaan "Negara Ku" dan lagu negeri berkenaan.

4. Mengetahui nama penuh D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, D.Y.M.M. Raja Permaisuri Agong, D.Y.M.M. Sultan, T.Y.T., Yang Di-Pertuan Negeri dan Menteri Besar atau Ketua Menteri negeri berkenaan.

5. Melafazkan "Persetiaan Pengakap" dan menghafal serta tahu makna "Undang-undang Pengakap".

Kecergasan & Kesegaran Jasmani

1. Mengetahui Latihan Asas Perbarisan:
Masuk Baris, Senang Diri, Rehatkan Diri, Ke Kanan Lurus, Pandang Depan, Keluar Baris, Bersurai, Ke Kanan Pusing, Ke Kiri Pusing, Ke Belakang Pusing Buka Barisan, Tutup Barisan, Langkah Ke sebelah dan Paras.

2. Mengetahui Kawad Tongkat:
Rehatkan diri, Senang diri, Sedia, Baring Tongkat, Angkat Tongkat, Kalih Tongkat dan Hormat dengan Tongkat.

3. Mengetahui isyarat tangan Pengakap:
Renatkan Diri, Senang Diri, Sedia, Keluar Baris, Barisan Melintang, Barisan Jajar, Barisan Tertutup, Barisan Terbuka, tapak Kuda, Bersurai.

4. Melalui dengan jayanya 5 daripada 8 halangan komando yang disediakan.

Jenis-jenis halangan:-
- Menggayut tali
- Merangkak Komando
- Meniti goyang
- Merangkak bawah jala
- Meniti pacak
- Memanjat tembok / tali
- Melalui terowong
- Menggayut monyet / tali

5. Menunjukkan dengan jayanya cara melipat dan mengibarkan bendera.

Labels

LENCANA MAJU

Cita-cita Pengakap

1. Mengetahui organisasi Majlis Pengakap Daerah, Majlis Pengakap Negeri dan Persekutuan Pengakap Malaysia.

2. Mengecam dan melukis bendera semua negeri Malaysia.

3. Mengenali dan mengetahui nama penuh Pesuruhjaya Negeri, Pesuruhjaya Daerah dan Penolong Pesuruhjaya Daerah sendiri.

4. Menghafal dan menerangkan erti kesemua "Undang-undang Pengakap".

Kecergasan Dan Kesegaran Jasmani

1. Mengetahui Latihan Asas Perbarisan:
Luruskan Barisan, Cepat Jalan, Hentak Kaki, Berhenti, Belok Kanan, Belok Kiri, Tukar Langkah dan Perlahan Jalan.

2. Melanjutkan Latihan Kawat Tongkat:
Rusuk Tongkat, Turun Tongkat, Jinjit Tongkat, Julang Tongkat dan Bimbit Tongkat.

3. Memahami serta menunjukkan dengan jayanya Upacara Mengibarkan Bendera serta Upacara Menurunkan Bendera.

4. Melakukan aktiviti berikut:-
(a) Panjat tali setinggi 3 meter;
(b) Memanjat pokok sekurang-kurangnya setinggi 4 meter.

Kemahiran Pengakap

1. Menerangkan kegunaan dan cara menjaga, mengasah dan menyimpat kapakk, kapak penebang dan gergaji dan langkah keselamatan.

2. Mengetahui teknik menebang, merincih pokok, memotong ketungan pokok dan menyusun ketungan kayu.

3. Menunjuk cara membuat simpulan dan ikatan berikut serta mengetahui kegunaan setiap satunya:-
(a) Tindih Kasing Gelung (bowline on the bight)

LENCANA JAYA

Cita-Cita Pengakap

1. Mengetahui organisasi Biro Pengakap Sedunia dan Biro Wilayah Asia Pasifik.

2. Mengetahui sejarah tertubuhnya Malaysia.

3. Melukis dan menerangkan erti Jata Kebangsaan dan Lambang Negeri masing-masing.

4. Mengetahui tugas kerja Dewan Undangan Negeri.

5. Mengenali dan mengetahui nama penuh Ketua Pengakap Negara dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.

Kecergasan Dan Kesegaran Jasmani

1. Mengetahui Latihan Asas Perbarisan:
Hormat Masa Berjalan (Kehadapan Hormat, Ke Kanan / Kiri Hormat), Belakang Pusing Masa Berjalan dan cara menerima sijil / hadiah / anugerah (Hormat Terima Sijil)

2. Lanjutkan latihan perbarisan Kawad Tongkat Pengakap semasa berjalan.

3. Tahu menyediakan dan melakukan perkara berikut:-
(a) "deadman's crawl"
(b) melalui titi komando.

Kepimpinan

1. (a) Menghadiri sepenuhnya kursus latihan bagi Ketua Patrol dan memimpin seorang Pengakap (atau lebih) dalam patrol sendiri bagi memenuhi kehendak Lencana Maju.

ATAU

2. Menunjukkan kebolehan memimpin berikut dalam masa satu hari.
(a) Merancang dan menjalankan dengan jayanya satu pengembaraan patrol.

(b) Merancang serta mengambil bahagian dalam satu acara Malam Pengakap mengandungi lakonan / tarian dan nyanyian.

(c) Boleh menjalankan Mesyuarat Ketua Patrol.

3. Menunjukkan cara membawa bendera:-

(a) di bahu

(b) tanpa berkibar

(c) berkibar

Kejayaan

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP